Opinion

Ke arah seni muzik yang lebih variasi (Bahagian 2)

Jika Indonesia berbangga dengan Balawan mereka, saya kira juga kita patut berbangga kerana memiliki pemuzik yang tidak kalah jika mahu dibandingkan dengan Balawan.

Cuma masalahnya dia dilahirkan di Malaysia yang mana tahap penerimaan masyarakat masih di tahap membangun dan tidak menyeluruh.

Masalah utama di negara kita ini adalah tahap penerimaan yang masih rendah di kalangan pendengar terhadap muzik instrumental terutama yang melibatkan elemen jazz, ethnic dan fusion.

Seperti Hisham Mahdin atau lebih dikenali Slef Triggy yang mampu bermain dengan kedua belah tangan kiri dan kanannya dengan baik, termasuklah dengan kaki.

Hisham Mahdin atau Sam bagi saya mempunyai kebolehan yang luar biasa, yang tidak mampu dilakukan ramai pemuzik.

Kombinasi dan gayanya antara Michael Angelo dan Stanley Jordan dengan teknik tapping yang melekat dan menarik. Saya belum jumpa lagi di Malaysia yang pemuziknya bermain teknik tapping kecuali Sam.

Cuma bakat beliau perlu diketengahkan ke tempat yang sepatutnya. Johor patut berbangga kerana Sam, anak jati kelahiran Muar ini sangat berbakat dan mereka perlu memberi sokongan dalam bentuk moral mahupun materi agar beliau mampu pergi lebih jauh dalam bidang muzik.

Saya kenal pemuzik hebat ini sewaktu beliau bersama 3 ahli kumpulannya menyertai pertandingan Asian Beat yang dianjurkan oleh Yamaha Music kalau tidak salah saya pada awal 2000 dulu. Beliau mungkin tidak mengenali saya.

Slef Triggy bersama Vesitra yang diciptanya. – 16 April, 2015.Slef Triggy bersama Vesitra yang diciptanya. – 16 April, 2015.Entah di mana silapnya nasib beliau tidak secerah bintang di langit sana. Kita harap nasibnya sebagai pemuzik akan lebih baik dari yang diterimanya sekarang. Mungkin menjadi popular itu bukan tujuannya, tapi jika muzik kita diterima dan kita dianugerahkan bakat yang besar, kita perlu mengetengahkan kepada khalayak. Itu adalah satu tanggungjawab kita sebagai pemuzik dan pengkarya.

Walau saya juga sedar untuk hidup sebagai pemuzik di negara kita ini bukanlah sesuatu yang mudah, melainkan jika kita bermain muzik di orkestra secara profesional dan punya gaji tetap setiap bulan.

Saya sempat berbual panjang dengan beliau dan tentang perkembangan seni muziknya yang masih belum padam itu.

Sam mula bermain gitar sejak di bangku sekolah rendah lagi. Ketika di darjah 5, beliau mampu meneroka cara gitar dan permainannya melalui pembelajaran Electone kerboard yang dipelajarinya waktu itu.

Sehingga menjelang usia belasannya beliau mula terpengaruh dengan gaya gitaris neo klasikal metal seperti Malmsteen, Vinnie Moore, Marty Friedman dan Steve Lynch.

Tambahnya lagi, selepas mendengar muzik barat beliau kembali ke akar umbi dengan membawa elemen ghazal, zapin, Melayu asli dan keroncong ke dalam muziknya.

Antara pengalaman beliau pernah bermain akordian dan gambus dan merakamkan semula lagu irama keroncong dan Melayu asli dalam rancangan radio terbitan RTM sekitar 2001 hingga ke 2008 dahulu.

Karya beliau yang berkonsepkan trance latino jazz yang bertajuk ‘Would You be my Love’ pernah menjadi muzik latar hampir setiap pagi di radio KL FM kelolaan DJ Hj Manan sekitar 2006 dahulu dan sebuah karya klasikalnya, ‘Varian Zaitser’ menjadi selingan untuk drama radio ‘ No 5 Persiaran 1’ di radio Klasik Nasional pada 2008.

Apabila bertembung antara tradional dan jazz, genrenya mula ke arah ethnic fusion dan tribes terutamanya polar yang berasal dari timur.

Sehingga beliau mencipta sejenis instrumen yang dinamakannya Vesitra. Ia sejenis instrumen bertali yang berlatarkan dengung dari sejenis keluli yang intonasinya terhasil daripada sistem ‘reso bridge’.

Vesitra sejenis instrument microtonal yang khusus untuk memainkan apa saja polar ethnic, tradisional dan tribal.

Dalam erti kata lain ia boleh mengalunkan skala quatertone dari alat yang dihasilkan lavta,cumbus, oud, sitar, sarod, sape serta gambus dengan nada bunyi yang tersendiri. Kemahiran tersebut tidak dapat dimainkan pada gitar, chapman stick,mobius megatar atau zentapper.

Beliau juga mencipta teknik tap picking yang mana teknik tersebut dapat mempersembahkan alat itu dengan iringan gitar secara serentak. Segalanya akan terkandung di dalam sebuah album yang akan diterbitkan tak lama lagi.

Saya berharap bakat yang ada pada Sam atau Slef Triggy ini akan dapat diketengahkan. Beliau memerlukan sokongan untuk terus berkarya. Bakat dan kreativiti adalah anugerah yang perlu kita ketengahkan kepada khalayak.

Sudah sampai masanya anak muda kita hari ini kurangkan berangan dengan mendengar lagu-lagu yang yang kurang membawa manfaat.

Boleh itu boleh, tapi seimbangkanlah dengan nilai-nilai ilmiah dengan mendengar muzik yang lebih membuka minda dan mampu membuatkan kita berfikir lebih jauh dari apa tahap yang kita miliki hari ini. – 16 April, 2015.

* Klik di sini untuk Bahagian 1 artikel ini.

* Ini ialah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.

Comments

Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website. We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments