Betul ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) akan “down scale” operasinya tahun depan? Kalau tak betul, alhamdulillah. Kalau betul, nauzubillah.
Dengar cerita, operasi UiTM akan “dikecilkan” tahun depan kerana kerajaan pusat akan mengurangkan peruntukan kewangan kepada universiti berkenaan.
Bermakna pelbagai aktiviti UiTM terpaksa dikurangkan bersesuaian dengan jumlah wang “mengecil” yang diterima. Dalam erti kata lain, “it is a question of funding”.
Lebih membimbangkan jika “down scaling” itu juga bermakna jumlah pengambilan pelajar buat tahun depan dikurangkan. Maksudnya tidak seramai sekarang pelajar lepasan SPM yang akan diterima masuk UiTM.
Pasti lepasan SPM akan berpusu-pusu menghantar permohonan ke universiti lain. Realitinya walaupun negara ada banyak universiti tentunya pusat pengajian berkenaan tidak akan mampu menampung “the increase in the number of applicants”.
Atau adakah universiti itu sendiri juga senasib dengan UiTM?
Jika masalah itu “dicampur” dengan masalah pinjaman PTPTN akan dkurangkan tahun depan (ini sudah ada kenyataan rasmi dikeluarkan) maka satu situasi yang menakut lagi menyedihkan akan wujud.
Ramai lepasan SPM tidak dapat meneruskan pembelajaran. Tidakkah itu menakut dan menyedihkan?
Apakah yang akan anak-anak semuda itu lakukan? Tidak perlu saya huraikan kerana ramai boleh membuat andaian sendiri.
Namun soal “pengecilan “ atau “pencerutan” operasi UiTM ini tidak dapat dipastikan. Buat masa ini.
Sama ada benar atau sebaliknya. Lantas saya mulakan rencana ini dengan pertanyaan, betul ke UiTM akan “down scale” operasinya tahun depan?
UiTM memang “close to the heart of” ramai orang Melayu. Ingat tak tahun 2008 dulu? Menteri Besar Selangor ketika itu, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyuara cadangan UiTM memperuntukkan 10% tempatnya bagi pelajar bukan Melayu/Bumiputera?
Pelbagai pihak termasuk pelajar UiTM dan naib canselornya ketika itu yang melenting marah.
Kerajaan pusat di bawah kepimpinan Datuk Seri (sekarang Tun) Abdullah Badawi turut marah. Malah Pak Lah memberi jaminan kerajaan pusat tidak akan mengizinkan hasrat Khalid direalisasikan.
Walaupun Khalid menegaskan beliau tidak “sekali kali mempersoalkan” hak pelajar Melayu beliau tetap dikecam sebagai “ pengkhianat” terhadap bangsa Melayu .
Itu kisah lama.
Berbalik kepada kisah baru – pertanyaan sama ada benar atau tidak kerajaan pusat akan mengecilkan peruntukan kewangan kepada UiTM sehingga akan memaksa UiTM pula mengecilkan operasinya.
Rasanya eloklah parti politik mahu pun NGO yang mengaku pejuang dan pembela orang Melayu cuba mendapakan pencerahan. Pentadbiran UiTM juga harus tampil.
Umno khususnya boleh mencungkil dan memberi jawapan kepada pesoalan ini.
Jika ia benar Umno selaku tulang belakang kerajaan pusat kena cari jalan
penyelesaian. Bawa, bincang dan debat pada perhimpuan agung parti yang menjelang tiba – lebih baik daripada cakap benda-benda yang ramai sifatkan sebagai “syok sendiri”.
Jika soal “down scale” itu hanya cakap cakap kosong, pastikan ia kekal cakap kosong dan tidak akan menjadi kenyataan. Bukan saja buat UiTM tetapi juga universiti lain di Malaysia.
Yang paling penting pastikan pembelajaran anak anak – Melayu atau bukan Melayu – tidak terjejas. – 12 November, 2014.
* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.
Comments
Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website. We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments