Opinion

Kita menang lagi

Hebat Joko Widodo ni. Presiden baru Indonesia. Menurut laporan media antrabangsa, beliau tetap rendah diri walaupun kini bergelar Pak Presiden.

Begitu juga keluarganya. Status tidak mengubah cara hidup mereka. Anak perempuan beliau umpamanya.

Baru baru ini si anak presiden cedera di tangan lalu Kahiyang Ayu memilih untuk ke klinik kesihatan awam – bukannya ke hospital swasta bertaraf bintang. Sanggup beratur panjang bersama rakyat biasa untuk mendapatkan rawatan doktor.

Isteri Jokowi lebih senang memakai baju simple bukannya designer clothes. Iriana Jokowi juga tidak gemar beg tangan berjenama yang harganya punyalah mahal.

Dalam erti kata lain Jokowi dan keluarga tidak lupa diri. Maka jelas bukan senang nak “kalahkan” Jokowi. Tapi ada benda yang beliau “tewas”. Jumlah menteri. Bab ini kita menang.

Di bawah pentadbirannya, Indonesia hanya ada 34 orang menter.

Kita ada 35 dalam pentadbiran Datuk Seri Najib Razak.

Memang satu je kamu kata?

Nanti sabar. Itu baru menteri. Tengok pula tuan-tuan penasihat.

Kita ada Tan Sri Rais Yatim – penasihat khas kepada kerajaan Malaysia mengenai sosio budaya.

Kita ada puan penasihat juga. Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil – penasihat khas kepada perdana menteri berhubung hal ehwal wanita dan pembangunan sosial.

Tidak lupa Tan Sri M.Kayveas. Beliau ialah penasihat khas kepada menteri pengangkutan.

Bukan itu saja.

Kita ada Datuk Seri S.Samy Vellu yang dipertanggungjawabkan sebagai duta khas kerajaan Malaysia ke India dan Selatan Asia.

Dan Tan Sri Ong Ka Ting ialah duta khas Malaysia ke China.

Sama ada penasihat khas mahu pun duta khas semua bertaraf menteri. So kira menteri lah tu brader.

Dengan itu, jarak kemenangan kita ke atas Indonesia  as far as number of ministers go meningkat. Jurang perbezaan jauh maknanya.

Nak lagi? Kita boleh kira timbalan menteri. Amek kau...

Ok lah kamu boleh kata di Indoensia – 34 menteri jaga jumlah penduduk lebih 200 juta manakala Malaysia, 35 menteri jaga “hanya” 30 juta penduduk.

Itu depa punya pasal lah. Siapa suruh tak lantik ramai menteri? Tanggung sendiri dong.

Bak kata orang utara, biaq pi. – 5 November, 2014.

* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.

Comments

Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website. We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments