Opinion

Marah sana marah sini, setuju sana setuju sini

Di United Kingdom (UK) April lalu, bekas Setiausaha Dalam Negeri Britain Jack Straw dilapor berkata "Orang Islam mesti terima hakikat Britain dibina atas nilai Kristian".

Di Malaysia kita dengar Isma, Perkasa mahupun Umno berkata:"Malaysia adalah warisan Melayu/Islam dan hak Melayu. Oleh itu kata mereka orang Cina dan India mesti terima hakikat ini dan jangan mempertikai hak Melayu.

Bunyinya mungkin berbeda, nada dan mesej kedua-duanya sama. Namun ini bukan soal "kalau dia boleh kata aku pun boleh kata".

Ini bagi saya mengenai setuju atau tidak dengan kenyataan sedemikian. Maksudnya kalau setuju dengan pendirian di UK, setuju jugalah dengan pendirian pihak di Malaysia.

Sebaliknya jika marah terhadap apa yang dikatakan Straw, maka marahlah juga dengan kata-kata Isma, Perkasa dan Umno.

Sedikit huraian.

Straw membuat kenyataannya itu berikutan "meletupnya" berita yang mendakwa sekurang-kurangnya 25 sekolah dikuasai kumpulan yang disifatkan radikal Islam. Antara lain sekolah berkenaan dikatakan memutarkan rakaman laungan azan dan mewajibkan pelajar perempuan berhijab.

Siasatan dijalankan kerjaaan Britain dan laporan siasatan menyebut "ada agenda yang dirancang teliti bagi menyerap tingkah laku dan amalan kumpulan ekstremis Islam sunni ke atas anak yang belajar di beberapa sekolah di Birmingham”. Laporan itu turut mendakwa majoriti masyarakat Islam tidak setuju dengan kumpulan ekstremis itu.

Dan laporan siasatan menegaskan jika gejala itu dibiarkan, ia akan menyaksikan anak menjadi tidak toleran, tidak berfikiran terbuka dan terikat dengan "mono culture" yang akan mengongkong pembabitan mereka dalam masyarakat moden Britain.

Jika kita tidak setuju dengan pendapat itu kita "kenalah" tidak setuju dengan pendapat berikut yang dibuat Timbalan Ketua Bahagian Umno Petaling Jaya Utara Mohamad Azli Saad.

Kata Azli, "sekolah vernakular khususnya sekolah Cina adalah alat menabur sentimen anti kerajaan yang dipolitikkan golonan cetek pemikiran politik.

Sama tapi tak serupa?

Moving on. Di Britain, pemimpin politik yang senada dengan Straw berpendapat sekolah "Islam" seperti yang disiasat di Birmingham adalah penghalang terhadap usaha penerapan nilai British terhadap anak Islam warga Britain dan mewujudkan integrasi nasional.

Marah?

Lalu marahlah kita apabila pemimpin Umno termasuk Datuk Razali Ibrahim dan Syed Ali Alhabshee berkata sekolah vernakular penghalang perpaduan dan kewujudannya tidak menyumbang kepada perpaduan nasional. National intergration bak kata orang UK.

Seperkara lagi. Razali menyarankan kerajaan tidak lagi membina sekolah vernakular yang baru.

Syed Ali dan Azli mahu sekolah vernakular dimansuhkan.

Sehingga kini tidak pula saya baca laporan Straw dan rakan mahu sekolah Islam di UK dimansuhkan. – 9 Oktober, 2014.

* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.

Comments

Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website. We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments