Opinion

Melayu dan malas

Orang Melayu “suka” dengan malas. Misalnya jika orang Melayu tidak mahu komen mengenai sesuatu perkara, mereka akan berkata “malas nak komen” atau “malas nak cakap.”

Berkata mereka begitu ialah untuk memendekkan cerita. Mengelak daripada bergaduh. To walk away.

Malas di situ bukan dalam konteks biasa kemalasan. Malas itu dengan malas lazim (malas as we know it) berbeza. Saya bukan pakar bahasa, tetapi begitulah menurut interpretasi saya.

Namun malas umumnya dikaitkan dengan kegagalan. Gagal dalam bidang ekonomi. Gagal mencapai matlamat DEB, umpamanya. Kerana kamu malas, kamu tidak berjaya menikmati kesenangan. Kata-kata seperti itu selalu kita dengar.

Umno, parti yang melabelkan diri sebagai “pembela Melayu” kerap berkata Melayu masih di tahap lama. Masih slow.

Maknanya tidak atau belum maju. Oleh itu kata mereka, Umno akan terus menolong, membantu dan menyokong dengan pelbagai “affirmative measures” sehingga Melayu berjaya.

Dan apa yang Umno minta daripada orang Melayu hanyalah sokongan yang tidak berbelah. Fair enough.

Namun berdasarkan itu, andainya Melayu tidak malas (maknanya rajinlah itu) dan menjadi bangsa maju serta berjaya, bagaimana?

Mungkinkah akan berkata Melayu kepada Umno, “Kami tidak perlu kamu lagi  kerana bukan saja kami sudah boleh berjalan lancar, malah sudah boleh berlari pantas – sepantas Usain Bolt.”

Mungkinkah kata-kata itu akan diluahkan?

Don’t get me wrong. Bukan mahu suggest it’s in the best interest of Umno orang Melayu berada pada keadaan sekarang atau ditokok lama atau malas.

Sekadar bertanya samada akan wujud atau tidak satu keadaan orang Melayu berkata, “Kami tidak malas lagi, terima kasih atas jasa lalu – kini kami sudah tidak perlukan kamu lagi."

Surely that’s the last thing Umno need. Betul tak?

Cukup setakat ini. Malas hendak tulis panjang-panjang. – 27 November, 2014.

* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.

Comments

Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website. We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments