Ada yang suka. Ada yang tidak. Cara penyampaian Datuk Hasbullah Awang ketika “live commentary” acara sukan.
Biasalah tu. Sememangnya ragam manusia begitu.
Walau apa pun, tidak boleh dinafikan Allahyarham Hasbul loved his job and took it seriously.
Allahyarham sentiasa membuat research terhadap pelbagai acara sukan. Untuk melengkapkan pengetahuan supaya dimanfaatkan semasa membuat ulasan dan liputan.
Ketika Google mahu pun Yahoo tidak wujud, Hasbul rajin membuat kajian di Perpustakaan Negara di Jalan Tun Razak di ibu negara. Berjam jam lamanya beliau disana, meneliti bahan sama ada yang baru mahu pun sejarah terhadap setiap aspek sukan.
Saya bertuah dapat bekerja dengan Hasbul satu ketika dulu di TV3. Ketika TV3 berjaya memujuk beliau meninggalkan RTM.
Kami mengendali rancangan khas setiap awal pagi sempena Piala Dunia 1994 di Amerika Syarikat . Allahyarham sebagai pengacara (bersama pengulas sukan Abu Bakar Atan dan jurulatih dari England Richard Bate), saya selaku coordinator.
Cakap Caka Bola nama live show itu. Talk Talk Ball kata Hasbul berseluruh. Memang Allahyarham seorang yang periang. Dan cukup bertenaga walaupun jika dibandingkan dengan rakan sekerja yang lebih muda. Komitmennya lebih 100%.
Masih saya ingat pada satu malam, beberapa jam sebelum siaran, Allahyarham menalipon saya untuk memberitahu anaknya di sebuah asrama luar Kuala Lumpur (lupa lokasi sebenar) sedang sakit. Menurut maklumat warden hostel agak serius juga katanya.
Allahyarham minta izin pergi menguruskan hal anaknya. Setelah mendapat izin, Allahyarham memohan maaf kerana tidak dapat mengendalikan rancangan hari itu. Memohon maaf walaupun Allahyarham nama besar dalam arena penyiaran sukan tanah air.
Beberapa jam kemudian ketika kami di studio TV3 di Jalan Liku Bangsar sedang membuat persiapan untuk menyiarkan rancangan Cakap Cakap Bola tanpa pengacara utamanya, Hasbul muncul.
Katanya masa dalam perjalanan ke asrama anaknya, warden hostel menghubungi dan memberitahu anaknya sudah menunjukkan tanda positif dan keadaan tidak membimbangkan berbanding sebelumnya.
Berdasarkan itu Hasbul berpatah balik untuk meneruskan tugas. Baginya itu satu tanggungjawab. Satu amanah.
On air, Allahyarham bercakap cakap bola seperti biasa. Bercoloteh dan berjenaka. Wajah dan gerak gerinya tidak menggambarkan seorang ayah yang sedang dilanda kerisauan akibat kesihatan anak terganggu.
Menjelang subuh, rancangan selesai. Setelah solat subuh, Hasbul berangkat untuk menemui anak yang sedang dirawat di asrama jauh dari Kuala Lumpur.
Begitulah komitmen Hasbullah Awang. Banyak lagi sebenarnya tetapi memadailah untuk saya menegaskan I’m truly honoured to have known and worked with the man.
Al Fatihah. – 13 Februari, 2015.
* Ini ialah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.
Comments
Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website. We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments