Opinion

Oh Bahasa Melayu bahasa kita

Kata muka depan akhbar Utusan Malaysia 13 Oktober 2014 – perdana menteri meminta Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) mempertingkatkan penguasaan Bahasa Melayu .

Ini kata Datuk Seri Najib Razak bagi membolehkan pelajar SJKC menggunakan Bahasa Melayu dengan lancar dalam percakapan.

Menurut Utusan, PM menyuarakan nasihat itu ketika berucap pada Perhimpunan Agung MCA.

Nasihat yang baik yang sememangnya wajar disokong dan diikuti.

Oleh itu gunakan Bahasa Melayu – iaitu Bahasa Malaysia, bahasa kebangsaan kita. Bahasa Melayu adalah bahasa yang inovatif yang boleh digunakan untuk berkomunikasi dengan efektif.

Ia adalah medium yang berprestij untuk kita merealisasi misi, visi dan aspirasi, serta inspirasi nasional supaya rakyat berbilang bangsa di negara tercinta ini dapat berintegrasi dengan sikap toleransi.

Kita mempunyai identiti kita tersendiri. Kita punyai integriti.

Namun dalam dunia moden era globalisasi kini kita mesti terus aktif, komited dan dedikasi supaya objektif kita tercapai dengan prestasi yang membanggakan.

Hanya dengan itu kita mampu jadi masyarakat global. – 14 Oktober, 2014.

* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.

Comments

Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website. We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments