Opinion

Salib dan Melayu – satu catatan pendek

Rasanya elok benar pihak gereja mempamerkan salib untuk khalayak. Lagi besar salib lagi bagus. Lagi jelas untuk dilhat orang ramai, terutama orang Melayu Islam lagi ngam.

Sebab?

Bimbang ada orang Melayu Islam (tak kiralah tua atau muda – tapi especially yang muda) tersilap langkah termasuk gereja kerana tak tau bangunan yang mereka masuk itu ialah gereja.

Begini.

Katalah ada Melayu Islam yang sedang merayau-rayau keliling kota. Tiba-tiba nampak sebuah bangunan. Lalu dia masuk  bangunan itu yang kelihatan seperti bangunan biasa. Tup tup bila kat dalam bangunan baru dia sedar dia berada di dalam sebuah gereja rupanya.

Seperti yang dibimbangi golongan pembela agama dan bangsa (yang cukup ramai dan mendapat perhatian media sejak kebelakangan ini), orang Melayu Islam tadi mungkin akan terpesong akidahnya kerana dia berada dalam gereja. Melihat apa yang ada dalam gereja. Dan mungkin juga akan dikristiankan. Nauzubillah minzalik.

Semuanya kerana tidak ada salib diluar gereja untuk memberi amaran kepada  kawan kita si Melayu Islam tadi bahawa bangunan didepannya sebenarnya sebuah gereja.

Kalau ada salib diluar, kawan kita akan daripada awal tahu bangunan didepannya itu gereja. Tentulah dia tak masuk. Dan tentulah dia tidak terpesong akidah. Tidaklah tukar agama. Dak begitu?

Kan penting salib dipamerkan sejelas-jelasnya sebagai tanda "no entry " untuk orang Melayu Islam? Kira macam "warning" lah. Kan kata pembela bangsa dan agama, Melayu takut salib? Dan mudah terpesong akidah? Tipis imannya?

Kalau tak berkata macam tu secara jelas pun itulah yang dapat "diterjermah" daripada hujah-hujah mereka yang kerap didengari.

Cukup sampai disini. Tak payah nak cerita panjang. Lagi pun dah ramai yang menulis dan komen pasal salib. Umum pun dah maklum. Khususnya peristiwa di Taman Medan tempoh hari. – 23 April, 2015.

* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.

Comments

Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website. We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments