Opinion

Hari Keamanan Antara Agama

21 FEB — Kalau bulan Februari khusunya pada hari ke 14 dikenali sebagai hari kekasih, ramai yang tidak tahu pada minggu pertama Februari pula diisytiharkan oleh PBB sebagai Hari Keamanan Antara Agama pada tahun 2010. Ide ini diketengahkan oleh Raja Abdullah dari Jordan dengan nama 'common word' Sebenarnya konsep ini ada disebut dalam Al Quran iaitu Kalimatin Sawak. Pengistyharaan ini penting dalam memahami perlunya usaha mencari kedamaian dalam memahami dan mendefinasikan maksud hubungan antara agama. Malaysia sebagai sebahagian dari masyarakat dunia menerima pemgistyharaan ini dan Pulau Pinang secara khusus telah mengadakan satu persidangan sempena hari ini dengan nama Conference of True Moderation atau Konfrensi Kesederhanaan Tulen. Ia telah diresmikan oleh Ketua Menteri sendiri dan ucaptama telah disampaikan oleh Prof. Dr Din Shamsudin Ketua Umum Muhamadiyyah Indonesia. Dalam majlis itu juga Kerajaan Negeri telah menganugerahkan tokoh keamanan kepada Prof Dr Din Shamsudin bagi menghargai jasanya mempelopori hubungan kedamaian antara agama. Ketua Umum Muhammadiyah itu juga diberi penghargaan tahun ini untuk berucap di Bangsa Bangsa Bersatu sempena hari keamanan antara agama.

Apa yang menarik tentang persidangan ini ialah, ia dibuat dalam suasana dunia melalui ketegangan hubungan antara agama dimana perbezaan agama menjadi alasan untuk satu pihak membenci pihak yang lain seolah-olah ia satu kewajaran kepada sikap keganasan. Malangnya kelompok ini tidak mewakili agama mereka yang mereka dakwa agamanya lebih dari sekian agama yang ada. Apa yang baiknya jika agama ditejemahkan dalam bentuk hubungan prejudis dan pasif antara satu sama lain? Dalam negara kita pula hubungan antara agama berada dalam belas kasihan penguasa yang menundukkannya kepada kepentingan sempit politik golongan rasis yang prejudis. Bukan membudayakan hubungan antara agama yang harmonis menjadi keutamaan kepada puak ini tetapi memelihara kepentingan kuasa politik lebih utama. Di atas premis ini hubungan antara agama sentiasa menjadi hubungan yang ditentukan nasibnya mengikut selera keadaan yang kadang-kadang dibiarkan dalam keadaan tidak menentu bagi memenuhi selera politik, kalau dalam keadaan baik pun ia ditentukan atas keperluan politik juga. Hal ini meletakkan inisiatif hubungan antara agama adalah tertunduk kepada keadaan dan bukan menjadi matlamat tersendiri.

Kita membayar harga yang mahal jika keadaan ini berterusan, seharusnya usaha membina hubungan yang damai antara agama adalah tersendiri dan bebas dari semua perkiraan kerana kewujudan kepelbagaian ini adalah intipati kepada kewujudan manusia di muka bumi tetapi ia bukan untuk dieksploitasi oleh mana-mana pihak. Sebab itulah inisiatif Raja Jordan, King Abdullah telah menerima satu respons yang baik oleh PBB sehingga diambil ketetapan bahawa minggu pertama Februari adalah minggu keamanan hubungan antara agama. Pihak yang cintakan kedamaian dalam hubungan antara agama seharusnya mengambil kesempatan ini untuk melipatgandakan inisiatif ini di atas kesedaran yang tinggi bahawa hubungan antara agama adalah jalan ke hadapan untuk kita menangani kejumudan pemikiran sempit agama.

Oleh kerana besarnya kerja-kerja ini, ia dipenuhi dengan berbagai ujian dan ujian awalnya ialah sejauh manakah kejelasan kita dalam menangani usaha-usaha ini kerana sepertimana yang disebut oleh Prof Dr Din Shamsudin bahawa: "kepelbagaian harus terus dipeliharaya dan bukan disamaratakan, dialog bukan bererti semua kita disamakan tetapi mencari titik pertemuan yang berkongsi aspirasi sosial politik yang sama seperti menentang kemisikinan, meningkatkan ekonomi dan pendidikan. Bagi saya ini menjawab tanggapan bahawa dialog antara agama dipengaruhi oleh usaha mencairkan agama atau menyamakan antara agama. Saya tidak menyalahkan mereka yang bertanggapan demikian kerana sememangnya arus yang dominon satu ketika dahulu berbicara tentang hubungan anatara agama adalah bersandarkan kepada fahaman liberal agama yang mewacanakan Pluralism sebagai kerangka pemikirannya. Hari ini arus yang lebih realistik menguasai pemikiran dialog ialah menerima keberadaan pelbagai agama tetapi menolak konsep menyatukan semua agama menjad satu. Pemikiran ini lebih realistik apabila kita memahami bahawa tujuan agama adalah untuk menikmati keindahannya dan bukan untuk mencairkannya.

Apapun saya rasa dihargai menjadi moderator pada hari itu kerana saya memang pejuang keamanan dalam konteks hubungan antara agama. Cita -cita besar ini tak tercapai tanpa semangat yang kuat bagi menongkah arus yang terbina selama ini dari golongan prejudis dan rasis serta oportunis yang menjadikan hubungan antara agama dalam bentuknya yang paling hitam. Peace be upon you!

* The views expressed here are the personal opinion of the columnist.

Comments

Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website. We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments