Opinion

Konvensyen Kepala Batas dan Gunung Kinabalu

25 Dis — 19hb Dis merupakan tarikh penting, ini adalah kerana dua tahun berturut-turut tarikh tersebut menjadi hari bagi menjalankan konvensyen nasional PR. 

Baru-baru ini Kepala Batas menjadi saksi kepada kehadiran hampir 5000 orang termasuk peserta dari ketiga-tiga parti dalam Pakatan. Bilangan yang ramai hadir dari pagi hingga ke petang sudah cukup untuk menandakan sokongan rakyat begitu kuat dan sekaligus telah menjawab tohmahan liar Umno/BN kononnya PR sudah hilang pengaruh di kalangan rakyat. 

Ada juga orang bertanya kepada saya mengapa memilih Kepala Batas? Adakah ini satu isyarat kepada penyandang Parlimen Kepala Batas bahawa calon PR akan membuat cabaran yang sengit untuk merampas Kepala Batas? Saya menjawab, mungkin itu di sebalik yang tersurat namun hakikatnya ialah kerana di Kepala Batas ada Dewan Millenium yang mampu menampung bilangan yang ramai dengan kapasiti maksimum 3-4000 orang. 

Sebagai Pengarah Konvensyen saya agak pesimis pada awalnya dari sudut kehadiran dan khuatir pada petangnya lebih banyak kerusi daripada orang, namun semasa saya kembali ke rumah rehat saya selepasa sesi tengahari, rakan urusetia memberitahu saya melalui sms bahawa orang tidak berganjak dan kerusi masih penuh dengan peserta. 

Alhamdulillah suasana ini pasti mengecewakan media tajaan kerajaan kerana tidak ada ruang untuk mereka mendedahkan konvensyen kali ini hambar! 

Semasa saya diberi amanah untuk menjayakan Konvensyen di Pulau Pinang kali ini ada beberapa perkara yang saya bimbang. 

Pertama kehadiran, kedua perjalanan upacara dan ketiga tentang kewangan. Strategi kami ialah supaya tuan rumah yakni Pulau Pinang terpaksa menyediakan ‘backup’ untuk peserta dan kami mengarahkan ketiga-tiga parti membuat mobilasasi kerahan untuk hadir. 

Dari sudut upacara pula kali ini kami menyediakan program yang belum dibuat sebelum ini iaitu, Perbarisan Pemuda Pakatan dan Perasmian yang luarbiasa. 

Manakala dari sudut kewangan pula dengan pelancaran yang luar biasa sudah tentu perbelanjaannya juga luar biasa oleh itu saya terpaksa berhemah dalam menentukan bajet setiap jawatankuasa. 

Semua strategi saya selaku Pengarah dibantu oleh satu kerja sepasukan yang tinggi ditunjukkan oleh ketiga-ketiga parti. 

Kami tiada masalah untuk membentuk satu koordinasi yang cukup baik sehinggakan DAP mencadangkan nama-nama orang PAS yang saya sendiri selaku orang PAS terlepasa pandang nama-nama mereka. 

Bukan itu sahaja nama-nama yang disebut lengkap dan tepat sedangkan saya sendiri tidak ingat ‘bin’nya apa. 

Staretegi kewangan yang saya terpaksa ‘potong’ bajet sehingga 50 peratus walaupun tidak disenangi oeleh sesetengah jawatankuasa namun akhirnya mereka akur. 

Saya sendiri terpaksa berunding dengan kontraktor-kontraktor yang bertanggungjawab supaya mereka mengurangkan kos tetapi mengekalkan kualiti. Sukar bukan? 

Tapi dengan persefahaman dan sedikit komitmen kami dapat lakukan. 

Beberapa kali pengalaman mengendalikan majlis besar aspek kelincinan program amat penting kerana ia menggambarkan kecekapan penyeragaman masa, upacara dan keberkesanan. 

Mereka yang pernah bekerja dengan saya pasti akan faham bahawa saya terlalu mementingkan aspek penyeragaman ini malah ketegasan saya emmbuatkan mereka ‘takut’ jika berlaku apa-apa kekurangan. 

Latihan amat penting bagi saya. Kali ini sesuatu yang tidak dapat dielakkan berlaku kerana dewan yang akan kami gunakan ditempah malam sebelumnya oleh pihak lain, kami hanya boleh masuk pukul 1 pagi untuk menyusun alat dan keperluan kami. 

Alat kami banyak dan besar antaranya backdrop gergasi di pentas, keperluan gimik pelancaran dari alat menaikkan bola Kristal yang berasap, pancutan api, roket yang dilancarkan dari hujung dewan menuju ke sasaran dua banner kiri kanan pentas. 

PA system yang canggih dan keceriaan dewan yang melibatkan berpuloh streamer dan bendera-bendera. 

Ini tidak termasuk 3000 kerusi dan persediaan meja untuk tempat makan peserta dan kaunter pendaftaran. 

Bayangkan kami hanya masuk pukul 1 pagi untuk menyediakan semua itu dan kami hanya boleh rehearsal pukul 3 pagi dan selesai semuanya hanya pada pukul 5.30 pagi. 

Hampir semua kami tidur pagi itu sejam dua sahaja kerana 7.30 pagi kami dah berkumpul untuk semak senarai kali terakhir. 

Pagi itu saya sempat sekali lagi memeriksa persiapan barisan Pemuda Pakatan yang segak berbaju t tangan panjang jingga, beret hitam dan berseluar dan berkasut hitam. 

Oleh kerana sebahagian besar mereka tidak biasa berbaris saya terpaksa membuat sedikit taklimat akhir termasuklah membetulkan beret dan pakaian mereka supaya kelihatan segak dan berdisiplin. Syabas Barisan Pemuda Pakatan! 

Waktu 8.50-10.30 pagi 19hb itu adalah yang paling kritikal menentukan kejayaan majlis kerana ia melibatkan upacara yang padat. 

Ia bermula dengan tarian kebudayaan ketiga-tiga etnik terbesar, perbarisan Pemuda Pakatan buat pertama kalinya, pertunjukkan silat, iringan masuk dewan dengan serunai dan gendang silat dan kemuncaknya ialah gimik pelancaran yang luarbiasa. 

Semuanya mesti berjalan dengan licin dan keseragaman masa. Selesai 10.30 pagi saya semakin lega namun belum selesa sehinggalah majlis selesai pada pukul 6.20 ptg. Di akhir konvensyen tumpuan saya ialah ke Gunung Kinabalu, nak tahu kenapa? 

Hanya sebagai catatan di sini, sepatutnya saya telah menempah pakej percutian keluarga ke Sabah pada 17hb Dis-23 Disember, namun kerana konvensyen, saya telah menjadual-semula tarikh pemergian saya dan hanya berlepas ke Sabah pada 20hb. 

Saya tidak mampu memanjangkan jadual berada di Sabah, ini bermakna saya hanya ada 4hari berbanding 7 hari yang asal. 

Namun kelegaan saya menikmati pandangan Gunung Kinabalu dari Pine Resort tempat penginapan kami tidak dapat digambarkan. Saya dan isteri sejak pukul 7.30 pagi tercegat dan tergamam menikmati keagaman dan kegahan puncak Kinabalu yang jelas kelihatan tanpa gangguan kabus pagi. 

Segala keletihan konvensyen terubat dengan kebesaran Tuhan di Gunung Kinabalu. Biarlah cuti saya dipendekkan demi perjuangan kerana Gunung Kinabalu telah memutikkan buah kasih saya dan keluarga untuk saya meneruskan jalan yang jauh ini. 

Pagi ini saya akan ke Kota Belud bertemu dengan kepimpianan Pas di sana dan berforum malamnya dengan DAP dan PKR (tiada istilah rehat sepenuhnya!). 

Jalan kami akan mengambil masa 4-5jam, insyaallah dalam perjalanan nanti saya akan cuba menjawab persoalan yang lebih penting selepas konvensyen iaitu, “apa selepas ini?”

* The views expressed here are the personal opinion of the columnist.

Comments

Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website. We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments