Opinion

Menekuni masalah LGBT

26 MEI — Advokasi

Irshad Manji nama yang hampir tidak pernah dikenali di Malaysia, tiba-tiba menjadi terkenal pada alasan yang salah. Lahir di Uganda dari ibu berbangsa Mesir dan bapanya dari keturunan Gujerati india, keluarganya berhijrah ke Canada pada tahun 1972 kerana dasar Idi Amin yang Anti-Asia di Uganda.

Orang boleh jadi terkenal bukan semata-mata kerana penerimaan orang ramai terhadapnya, seseorang juga boleh menjadi terkenal kerana penolakan orang ramai terhadapnya. Inilah yang dinamakan kontraversi.

Irshad Manji memilih jalan kontroversi dan provokasi untuk memperkenalkan dirinya kepada dunia. Semuanya di atas alasan hak kebebasan dan ia menjadi lebih kontraversi apabila hujahnya dikaitkan dengan nama Islam.

Pengamal dan Pendokong

Dalam isu lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT) kita harus membezakan antara pengamal dan pejuang. Pengamal adalah mereka yang menganggap amalan seks songsang adalah sesuatu yang sepatutnya diterima oleh masyarakat. Ini bermakna amalan seks sejenis dan seks berbagai bagi pengamal ini adalah perbuatan yang tidak boleh dianggap songsang.

Bagi pendokong, mereka tidak semestinya pengamal songsang ini, mereka berpandukan kepada alsan persoalan hak yang mengandaikan bahawa golongan ini juga berhak untuk mengamalkan budaya mereka tanpa mereka dikenakan pemulauan sosial atau “social sanction” atas perbuatan mereka. Atas apa juga kategori kelompok ini, isu asasnya adalah menuntut hak yang melantaikan persoalan yang tak kunjung padam dalam sejarah manusia iaitu “hak asasi manusia”

Persoalan Fitrah

Perlu ditegaskan dari sudut amalan, LGBT adalah dianggap perbuatan menyongsang. Ia dianggap penyongsangan adalah kerana ianya bertitik tolak dari premis cetusan semulajadi atau fitrah yang tidak berada pada arahnya yang betul.

Manusia dijadikan untuk berada pada landasan fitrah dan rangsangan seksual yang betul, apabila orientasi seksual berada pada arah yang salah seperti rangsangan pada sejenis dan berbagai, ia sudah tidak menjadikan ia satu rangsangan manusiawi lagi.

Kalaupun masih manusia ia digelar manusia songsang. Kita tidak perlu berhujah dengan alasan agama atau moral untuk memahami realiti ini. Adakah golongan ini mahu kita menerima kesongsangan ini? Hujahan agama dan moral hanya mengukuhkan dasar fitrah yang dijadikan oleh Sang Pencipta dalam kehidupan manusia.

Surah Rum dari ayat 30 di dalam Al Quran menerangkan kesonsangan ini dengan berkata: “Maka hadaplah diri mu kepada agama yang jauh dari kesesatan (kesongsangan), iaitu agama Allah yang telah menciptakan manusia dengan keadaan semulajadinya, tidaklah patut ada perubahan pada ciptaan Allah itu, itulah agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahuinya”

Pejuang Kebebasan

Pendapat yang menyatakan bahawa Allah dengan sifat Rahmahnya menerima semua orang tanpa mengira apakah amalan mereka adalah ulangan kepada fahaman murji”ah kurun ke dua hijri dalam mencari penyelesaian konflik teologi tentang apakah pentakrifan dosa besar dan implikasi hukumnya.

Ia berkembang dari pewajaran sokongan politik dari dua golongan yang berkonflik iaitu Saidina Ali r.a dan golongan Khawarij. Lahirnya murji’ah sebagai sikap kompromi kepada kedua belah ekstrim sehingga akhirnya membawa kepada kelonggaran berpegang kepada perintah-perintah Allah. Hari ini fahaman Irshad Manji adalah ciplak kepada satu perbahasan teologi yang panjang sepanjang kurun kedua,tiga dan keempat hijri.

Sebagai Muslim asas fahaman kepada masalah dosa dan pahala mesti berpandikan kepada dalil syara’ dan tidak boleh dibiarkan tergantung atas alasan Rahmah Allah. Jika tidak, tidak perlulah Nabi menjadi Qudwah Hasanah (contoh diteladani) termasuklah kehidupan berfitrah.

Lagipun matlamat sesuatu perintah dan larangan Allah tidak dilihat pada perbuatannya semata-mata tetapi dilihat kepada Maslahat hukum samada untuk kebaikan hamba-hambanya ataupun kemudaratan kepada hamba-hambanya.

Dalam rangka ini kita mengenali Rahmah Allah, bukan dalam kerangka hawa nafsu mewajarkan keinginan kita. Dalam Al Hijr ayat 49,50 menegaskan: “ Khabarkan pada hamba-hamba ku bahawa Aku adalah Pengampun dan Pengasih(49) Dan azabKu pula adalah azab yang pedih(50)”

Rahmah Allah mesti difahami sebagai kepatuhan kita kepada Maslahat yang Allah jadikan kepada manusia dan pastinya Maslahat itu bersandarkan kepada fitrah yang Allah Maha Mengetahui kebaikannya untuk manusia. Pastinya juga LGBT tersasar dari landasan fitrah ini. Bagaimana kita mendakwanya sebagai Kasih Allah kepada hamba sedangkan mereka lari dari garisan ini?

Allah Maha Pengasih

Antara Kasih Allah ialah mengajak manusia ke landasan yang fitrah dan bukan membiarkan manusia terus dalam kesongsangan fitrah. Jikalau itulah Kasih Allah yang Irsyad Manji maksudkan memang benar maksudnya, tetapi jikalau Kasih Allah itu mahu memperakui bahawa ada manusia yang lari dari fitrah dan perlu dibiarkan, ini adalah satu penyelewengan besar kepada Hak Allah.

Kerana Rahmah Allah, sebagai Muslim kita harus memauti golongan pengamal ini untuk membetulkan fitrah mereka bukan untuk membiarkan mereka. Untuk pendokong yang bukan pengamal kita hanya perlu membetuli persepsi Hak Asasi kepada apa yang memanfaatkan manusia dan memudaratkan manusia.

Tiada dalam istilah Kebebasan Mutlak, yang ada ialah Kebebasan Kemuliaan Diri Manusia yang asasnya ialah panduan fitrah. Imam Al Muhaddith dan Sultan Ulamak Izzudin Ibnu As Salam (mngal 660h) mengatakan: “sebab itulah Al Quran menggalakkan kepada amalan ketaatan dengan terperinci dan mendalam baik sedikit ataupun banyak, yang kecil dan besar. Begitu juga memandang jelek kepada perkara yang dilarangnya secara terperinci dan mendalam baik sedikit mahupun banyak, yang kecil mahupun yang besar” kebebasan perlu difahami dalam konteks ketaatan dan kemaksiatan kepada Sang Pencipta, itulah Kebebasan versi Islam.

Amat malang Irsyad Manji dan pendokong LGBT di Malaysia yang mahu mengambil makna kebebasan dari sebuah masyarakat yang rosak dengan nilai-nilai Kebebasannya lalu mengatakan ianya daripada Islam.

Penyelesaian

Selagi ia masalah kemanusiaan, kita tidak boleh mengharapkan ia akan berakhir. Apa yang perlu dibuat ialah memautkan dan merangkulkan kedua-dua golongan LGBT ini dalam dialog dan dakwah berterusan di samping memastikan kelompok ini tidak menjejaskan keharmonian fitrah yang sedia diamalkan hari ini dalam masyarakat kita.

Hubungan sejenis tetap salah walaupun diikat dengan ikatan suci perkahwinan. Hubungan seks bebas adalah budaya zina yang merosakkan nilai masyarakat. Transeksualiti pula bukan mewajarkan keruntuhan akhlaq tetapi perlu dilihat sebagai “penyakit” yang memerlukan perhatian dalam berbagai perspektif.

Perbuatan mungkar tetap mungkar tak kira apa “brandnya” yang baik tetap baik tak kira apa “brandnya” semuanya didasari dengan fahaman FITRAH yang merupakan satu tanda Kebesaran Allah kepada alam ini.

* Ini adalah pandangan peribadi penulis

Comments

Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website. We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments