Opinion

Ekstremis agama lebih bahaya dari komunis

Mungkin apabila saya kata begini, ramai yang mengatakan saya sudah melampau. Tapi saya bukanlah orang pertama yang mengatakan sebegini.

Sebelum ini blogger Syed Akbar Ali atau dikenali sebagai Outsyed The Box juga pernah berkata begini. Ya, pada komunis zaman diktator Soviet, Joseph Stalin dahulu, memang berlakunya penindasan terhadap agama.

Gereja diletupkan, masjid dimusnahkan, dan imam, paderi, rabai - semuanya dibunuh selama dia memerintah. Bagi penyokong komunis, mereka mempertahankan diri dengan mengatakan bahawa Stalin adalah komunis yang ekstremis kerana Marx tidak pula kata bunuh semua orang yang beragama.

Tetapi komunisme dilihat sebagai tabu kerana sifat-sifat pemerintahan Stalin yang kejam dan menghancurkan rumah agama.  Berbalik pada isu, beberapa hari lepas, ada beberapa orang berdemo membantah salib di sebuah gereja di Petaling Jaya.

Bagi saya, itu hak dia nak berdemo, tetapi katakanlah apabila kelompok kecil ini membesar menjadi majoriti, apakah kita pasti akan dapat mengekalkan keharmonian antara kaum yang ada selama ini?

Semasa Taliban meletupkan patung Buddha, dan ketika militan Negara Islam Syria dan Iraq (Isis) meletupkan tinggalan sejarah Raja Namrud, kita lihat kebanyakan hanya mendiamkan diri.

Ada secara senyap-senyap menyokong tindakan tersebut. Tetapi apabila saya bercerita tentang komunis, puak ini juga yang bersuara tentang keganasan yang dilakukan Joseph Stalin 90 tahun yang lalu.

Cerita 90 tahun lalu diceritakan, cerita keganasan sekarang? Saya selalu mendengar bahawa ramai yang berkata Islam adalah agama yang bersederhana dan menghormati penganut agama yang lain.

Ya, saya percaya majoriti umat Islam begitu, tetapi mereka mendiamkan diri dan tidak melawan ekstremis dalam agama ini.

Ustaz ekstremis ini seolah-olah taiko yang tak boleh disentuh. Mereka bebas dari sebarang tindakan undang-undang, bebas menghasut orang ramai agar membenci agama lain, apakah ini satu keadilan?

Ya, saya menolak keganasan yang dilakukan oleh komunis ekstremis seperti Joseph Stalin.

Tetapi saya juga menolak ekstremis agama yang menghasut orang ramai membuang salib pada gereja, meletupkan rumah ibadat orang lain, dan menghasut orang ramai agar membenci orang lain.

Sekurang-kurangnya selepas kematian Stalin, kerajaan Soviet pimpinan Khrushchev membuang kembali semua undang-undang Stalin dan kembali lebih bertoleransi dengan agama-agama lain, kemudian dasar glasnost dan perestroika Gorbachev membebaskan lebih ramai lagi orang ramai untuk beragama.

Buktinya, masih ramai lagi penganut agama di negara bekas jajahan Soviet, walaupun tidak setinggi negara seperti Arab Saudi atau Malaysia sendiri.

Jika puak ekstremis agama ini enggan untuk menerima kewujudan agama dan kepercayaan lain, saya rasa perangai mereka tidak ubah macam Stalin. – 25 April, 2015.

* Ini ialah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.

Comments

Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website. We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments