Opinion

Kenapa asyik nak meniru rancangan TV luar negara?

Semalam, saya tertonton rancangan televisyen berbentuk gameshow di TV 9 yang berjudul "Lari".

Jika anda peminat gameshow dari Korea Selatan - Running Man, sudah pasti anda tahu format permainan dalam rancangan ini.

Apabila saya menonton rancangan ini, ternyata ia satu lagi percubaan untuk meniru rancangan dari luar negara.

Sebelum ini, ada banyak rancangan TV yang kita tiru dari luar negara seperti Explorace yang meniru Amazing Race, Akademi Fantasia, dan banyak lagi rancangan TV yang ditiru bulat-bulat dari rancangan luar.

Pada zaman saya kecil dulu, terdapat satu percubaan untuk meniru rancangan TV dari United Kingdom, Mr Bean, yang bertajuk Bendul.

Selepas satu siri Bendul, rancangan TV itu tiba-tiba lenyap tanpa siapa yang peduli.

Begitu juga dengan satu percubaan meniru rancangan TV dari Jepun, Istana Takeshi yang saya pun dah tak ingat tajuk rancangan itu.

Peniruan yang sering dilakukan untuk mendapatkan rating jangka pendek sering dilakukan tanpa ada daya kreativiti tempatan menyebabkan rancangan-rancangan ini hanya bertahan satu dua musim sahaja.

Berbanding Running Man, contohnya - yang sudah hampir lima tahun bertahan dan diminati di seluruh dunia.

Peniruan demi peniruan menyebabkan ramai orang merasakan rancangan TV di negara ini sebagai bosan dan tidak ada keaslian.

Suka saya membandingkan negara kita dengan Korea Selatan, di mana pada zaman kita merdeka, ekonomi kita lebih maju dari mereka yang baru tamat Perang Korea.

Tetapi hari ini, mereka telah jauh meninggalkan kita sehinggakan kita pun meniru mereka.

Malaysia tidak akan maju daripada aspek hiburannya kalau kita terus meniru dan meniru.

Sudah tiba masanya untuk rancangan TV untuk mencari identiti mereka dan memberikan nafas baru dalam industri hiburan negara ini. – 11 April, 2015.

* Ini ialah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.

Comments

Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website. We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments