Pada Ahad lalu, Hari Wanita Sedunia disambut dengan penuh kesedaran dan semakin ramai wanita di seluruh dunia mula menyedari hak menjadi seorang wanita.
Walaupun terdapat ramai yang mengeluarkan kenyataan yang seksis dan menghina wanita, tetapi mereka ini dikritik hebat terutamanya di media sosial.
Pada sebelah malam saya sering menghabiskan masa saya menonton drama swasta Melayu, sambil memerhatikan apa masyarakat yang sebahagian besarnya pengaruh utamanya ialah televisyen, sedang fikirkan.
Trend drama berdasarkan novel, sudah mula disiarkan di kaca televisyen.
Dan setiap kali saya menonton drama Melayu, apa yang saya nampak ialah kenapa setiap kali watak wanita utama sering kali ditunjukkan dalam watak yang lemah, kuat menangis dan kaki main emosi?
Apakah ini satu percubaan untuk membuat stereotaip wanita yang baik ialah wanita yang lemah, kuat menangis dan kaki main emosi?
Saya juga perasan watak wanita antagonis mesti perlu jadi watak queen control, yang dominan, dan seorang yang kuat?
Apabila drama-drama ini disiarkan, orang ramai beranggapan wanita yang baik ialah wanita yang lemah, kuat menangis dan kaki emosi seperti digambarkan dalam drama?
Saya melihat cara watak yang digambarkan itu, tidak membantu wanita dalam menyedari kekuatan mereka.
Dan selalunya watak wanita protagonis perlukan seorang watak lelaki Prince Charming untuk berjaya dalam drama tersebut.
Tidak bolehkah tunjuk watak wanita yang kuat tanpa ada lelaki untuk disandarkan?
Apabila saya menonton filem-filem dari Quentin Tarantino sebagai contoh, saya melihat watak wanita protagonis biasanya kuat, bijak dan mampu berlawan sendiri.
Dengan drama Melayu berterusan begini, secara psikologi ia memberitahu kepada orang ramai wanita itu lemah dan mereka tidak mengetahui kekuatan mereka sendiri.
Saya percaya ada ramai wanita yang kuat, bijak, dan mampu berdiri sendiri tanpa bantuan lelaki pun.
Jadi kenapa tidak jadikan wanita-wanita yang kuat sebegini sebagai inspirasi dalam penulisan skrip drama Melayu?
Selamat hari wanita kepada mereka yang melahirkan kita semua, dan yang berusaha keras demi kemakmuran dunia ini. – 14 Mac, 2015.
* Ini ialah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.
Comments
Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website. We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments