Opinion

Manusia sebagai makhluk perosak alam

Baru-baru ini, saya ke Kuantan, Pahang, untuk melawat kawan serta menghadiri satu event yang dianjurkan kawan saya.

Dalam event tersebut, ada forum membincangkan tentang kerosakan alam, terutamanya isu bauksit yang kini menghantui ramai penduduk Kuantan.

Saya tidak banyak bercakap dalam forum tersebut, kerana saya sendiri bukan orang Kuantan, dan saya tidak faham tentang isu ini.

Tetapi apabila soalan diajukan kepada saya, saya terkedu.

Apa yang harus saya jawab?

Saya sering merasakan saya ini manusia – sebagai perosak alam. Sepanjang saya hidup, sudah berapa ekar tanah untuk saya korbankan, daripada pertanian, ke perindustrian, bahan mentah untuk menghasilkan baju, atau bahan makan saya, atau telefon bimbit saya.

Saya rasa serba salah kerana saya sendiri pun perosak alam.

Jadi saya ada satu soalan, di antara manusia dan makhluk yang sering dipanggil sebagai “makhluk perosak” seperti lipas atau tikus, mana satu yang sebenarnya, makhluk perosak?

Lipas tidak perlukan kawasan hutan berekar untuk ditebang, tikus juga boleh hidup dengan co-exist dengan haiwan lain, tapi tidak manusia.

Manusia menebang pepohon, meneroka dan membungkam alam untuk dijadikan tempat kediaman mereka, serta sumber untuk mereka terus hidup.

Jadi, sebagai seorang makhluk perosak alam – saya serba salah. Apakah kita harus untuk tidak langsung memikirkan teknologi untuk kita terus hidup, atau kita terus membungkam alam ini untuk kita terus hidup?

Dalam manusia mengejar cita-cita untuk menakluki planet Marikh, dan menukarkan planet itu seperti bumi, kita menukarkan Bumi serupa seperti rupa Marikh.

Kenapa begitu, ya? Apakah sebab ia sebagai sebuah tuntutan evolusionari dari dalam diri manusia?

Saya tidak ada jawapan untuk itu. Mungkin soalan ini perlu dijawab oleh saya dan semua orang, apakah kita ini sebenarnya makhluk perosak alam?

Untuk apa kita di planet ini, sebenarnya? – 9 Januari, 2016.

* Ini ialah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.

Comments

Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website. We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments