Opinion

Memperdagangkan kesengsaraan Gaza?

Salah satu rekaan baju yang tertulis menyeru untuk memboikot McDonald's yang dikatakan mempunyai hubungkait dengan Israel.Salah satu rekaan baju yang tertulis menyeru untuk memboikot McDonald's yang dikatakan mempunyai hubungkait dengan Israel.Seringkali apabila tentera Israel menggempur tanah Palestin, wujud satu trend di mana laungan "boikot barangan yang membantu dana Israel" akan muncul.

Di negara ini, sudah jadi negara empat musim. Awal tahun isu hudud, kemudian bila Israel serang Gaza akan muncul musim boikot, apabila nak dekat dengan musim kemerdekaan, akan timbul isu bendera Sang Saka dan Mat Sabu sokong komunis, dan apabila musim panas dan musim membuka ladang sawit di Indonesia, kita akan menghadapi musim jerebu.

Apapun, dalam keghairahan negara ini menghadapi musim memboikot syarikat yang mempunyai kaitan dengan kerajaan Israel, kini muncul satu trend baru – menjual "merchandise" untuk menyokong perjuangan rakyat Palestin di Tebing Barat.

Kelihatan banyak baju-baju yang kini dicetak oleh tauke baju baru ini seperti tertulis "Save Gaza", #prayforgaza, dan juga baju yang tertulis menyeru untuk memboikot syarikat yang berkaitan dengan Israel.

Seorang penduduk Kampung Chubadak membantah rumahnya dirobohkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.Seorang penduduk Kampung Chubadak membantah rumahnya dirobohkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.Sekali pandang ia kelihatan murni, tetapi di sinilah mereka yang "ada otak kapitalis" akan cuba untuk meraih keuntungan.

Bagi saya, pada zaman ekonomi kapitalisme ini, memanglah hukumnya kalau nak berniaga mesti kejar untung.

Tapi, manusia jenis apa, yang sanggup mengejar keuntungan atas penderitaan orang lain?

Ya, jika benar hasil keuntungan dari menjual baju-baju menyokong Gaza ini disalurkan kepada rakyat Gaza, saya tidak kisah, bahkan memuji kemuliaan anda berusaha untuk mendapatkan derma.

Tetapi sekiranya kamu gunakan penderitaan orang lain, yang jauh beribu batu dari kita – untuk meraih keuntungan sendiri, saya rasa kamu perangai lebih kurang macam zionis di Israel juga.

Lagipun, dalam kita kecoh-kecoh tentang tentera Israel meruntuhkan petempatan penduduk di Gaza, di negara ini juga pun, ada pemaju perumahan atau hartanah sedang merobohkan kawasan kampung dan diusir ke rumah sementara sempit dan kualiti binaan yang murah.

Ada pertempuran antara pemaju dan penduduk di kawasan orang asli, di Sabah dan Sarawak, atau di Semenanjung, untuk membuka kawasan ladang yang baru di kawasan hutan mereka tinggal, tapi penduduk negara ini ramai yang tidak tahu, sebab ia tidak dilaporkan.

Pertempuran antara penduduk dan pemaju di Kampung Chubadak, Kampung Berembang, tidak ramai yang mengetahui mengenai penduduk kampung diusir dari kawasan mereka kerana ia tidak dilaporkan dalam berita arus perdana.

Yang dilaporkan setiap hari ialah serangan tentera Israel membunuh kanak-kanak Gaza.

Ya, kita harus menentang kezaliman, tetapi bukan hanya di Gaza tapi seluruh dunia, termasuk dalam negara kita sendiri.

Janganlah bersifat "kuman seberang laut boleh nampak, tapi gajah depan mata tak nampak". – 9 Ogos, 2014.

* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.

Comments

Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website. We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments