Opinion

Menjawab soalan presiden Umno: Di mana silapnya Umno?

Aaah, minggu Perhimpunan Agung Umno (PAU) datang lagi! Minggu di mana lelaki-lelaki berpakaian baju Melayu dan kakak-kakak berpakaian baju kurung putih tudung merah mula menyalak dan melaung-laungkan semangat ketuanan Melayu yang jitu.

Saya seronok sebenarnya setiap kali PAU tiba. Dulu, semasa 2012, semasa saya seorang wartawan, saya cukup seronok melihat pemimpin-pemimpin daripada pucuk sampai akar apabila berucap.

Macam dapat tiket free Maharaja Lawak, walaupun saya tak pernah tonton pun rancangan tu. Tapi yang ini lebih best daripada Maharaja Lawak. Sserius beb!

Sebab pada inilah masa untuk membelasah Anwar Ibrahim, menghantukan DAP, memaki Cina dan Yahudi. Masa inilah mereka dapat lepas geram selepas pencapaian teruk negara ini dalam hampir semua bidang.

Ekonomi? 90% penduduk isi rumah luar bandar tidak memiliki simpanan sementara 86% penduduk bandar juga tidak memiliki simpanan.

Politik? Menurut A Kadir Jasin dalam blognya, yang memetik kenyataan presiden Umno sendiri, Datuk Seri Najib Razak, sokongan Umno pada 2004 di Johor ialah 81%, 63% (2008), dan 54% (2013).

54% sokongan Umno di Johor? Ini ke yang dikatakan kubu kuat parti keramat orang Melayu ni? Kubu kuat apa kalau 54%? Ini macam kubu diperbuat daripada papan plywood.

Sosial? Kita lihat kadar jenayah, di sana sini orang ramai risau dengan pecah rumah, pecah kereta, pecah macam-macam. Bahkan apabila kereta polis lalu sekalipun, orang ramai tidak berasa selamat, tapi paranoid.

Sukan? Kita cerita ini lain kali lah. Kalau nak cerita jadi panjang.

Jadi, dalam blog A Kadir Jasin, memetik kata perdana menteri merangkap presiden Umno, dia bertanya, di mana silapnya Umno sampai jatuh teruk begini?

Keyakinan rakyat, keyakinan para pelabur, prestasi pendidikan sama ada peringkat rendah, menengah atau tinggi, semuanya secara jujurnya, teruk.

Cuma orang Umno saja suka dengar berita syok sendiri.

Tapi, apa silapnya Umno ini sebenarnya?

Saya bukan ahli Umno, jauh sekali nak menyokong parti "so-called" keramat orang Melayu ni. Tapi sebagai seorang rakyat yang non-partisan, yang memerhati, biar saya beritahu terus terang.

Umno ni teruk sebab ia sebuah parti yang tak sedar diri. Parti ini balik-balik salahkan Cina, salahkan Anwar Ibrahim, salahkan Yahudi, salahkan DAP.

Tapi tak pernah akui kesalahan sendiri. Tak pernah nak cermin diri, dan mencari kelemahan dan cuba menyelesaikan masalah.

Sebaliknya, "sapu sampah bawah karpet", "tak perlu cermin diri" dan yang paling penting, siapa yang mengutuk akan dikenakan Akta Hasutan 1948 yang dibentangkan di Parlimen British, bukan di Malaysia.

Akta penjajah ni juga yang dia nak pertahankan. Kata inilah parti keramat orang Melayu yang membawa kemerdekaan pada negara, tapi kenapa pertahan akta penjajah?

Pada awal 1990an, saya masih ingat lagi "orang-orang hanyut" dari Vietnam yang lari meninggalkan tanah air mereka semasa Perang Vietnam ke Pulau Bidong, Terengganu – golongan terakhir yang meninggalkan pulau tersebut menuju kembali ke Vietnam.

Hari ini, pelabur asing, termasuk kilang tempat kawan saya kerja – semua tutup kilang di Malaysia dan lari ke Vietnam.

Saya nak tanya Presiden Umno, nak kena tunggu orang Malaysia jadi "orang hanyut" menuju ke pulau-pulau di Vietnam ke baru nak mengaku kesilapan parti keramat orang Melayu ni?

25 tahun selepas "orang hanyut" Vietnam pulang ke tanah air mereka, kilang-kilang dan pelabur asing semua pergi melabur ke sana dan bukan dengan kita?

Saya takut kalau parti ini terus memerintah dan terus tidak cermin kesilapan diri, saya bimbang satu hari nanti saya terpaksa ke Vietnam dan mungkin ditahan sebagai pendatang tanpa izin di sana untuk mencari rezeki.

Saya ambil kenyataan Naib Presiden Umno Datuk Seri Zahid Hamidi yang berkata, "Umno bukannya parti untuk satu keturunan".

Dan saya juga ingin menambah, Malaysia ini bukan milik satu parti sahaja. Milik parti lain, sama ada bersama Barisan Nasional atau bersama Pakatan Rakyat, atau yang tidak berparti politik – majoriti seperti saya.

Itulah silapnya, wahai tuan presiden parti Umno. Negara ini bukan milik parti kamu.

Dan tolonglah cakap dengan anggota delegasi parti kamu, janganlah jadi "microphone warrior". – 29 November, 2014.

* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.

Comments

Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website. We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments