Semasa saya kecil dahulu, seingat saya semasa saya darjah dua, saya sering diceritakan tentang Malaysia akan menjadi negara maju menjelang tahun 2020.
Semasa itu, di dalam akhbar Utusan Malaysia, ada countdown – 10,000 hari lagi menjelang tahun 2020. Pada usia 8 tahun, saya membayangkan diri saya – pada tahun itu, ketika saya berusia 36 tahun, berada di sebuah negara yang liberal, demokratik dan berjaya.
Saya juga teringin melihat negara ini setaraf seperti negara maju lain, Jerman, Korea Selatan, Sweden, Denmark – dan semasa kecil, angan-angan saya yang naif ini membayangkan macam-macam, mungkin kerana filem seperti “Gaban” atau “Ultraman” mencemar fikiran saya.
Angan-angan itu berakhir apabila krisis ekonomi Asia 1997 berlaku, dan semenjak itu, saya akui, angan-angan Wawasan 2020 itu tidak akan tercapai.
Minggu ini, ringgit jatuh ke paras paling rendah sejak tahun 1997. Harga petroleum jatuh ke tahap paling rendah, begitu juga dengan harga komoditi lain seperti kelapa sawit, emas, dan sebagainya.
Ini ditambah dengan pentadbiran kerajaan ini yang terus mengeluarkan bon atau sukuk untuk menyelamatkan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), adalah satu beban yang berat bagi sebuah negara yang sedang mengalami krisis ekonomi.
Saya memikirkan apa lagi malapetaka akan berlaku pada tahun hadapan. Dengan petrol dijangka terus jatuh, harga komoditi lain juga turut jatuh, Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pula bakal menyusul – saya merasakan angan-angan kecil saya semasa darjah dua itu adalah satu kesilapan.
Malaysia bukan lagi sebuah negara yang saya impikan kira-kira 20 tahun lepas. Malaysia kini, jika dibiarkan begini, akan menuju menjadi sebuah negara gagal.
Cuba bayangkan, bagaimana negara ini, yang berada di tengah laluan perdagangan antarabangsa, serta mempunyai sumber ekonomi yang banyak, boleh terjerumus dalam hutang yang sebegini besar?
Dan bagaimana ceritanya dengan Malaysia, yang tewas dari segi ekonomi dengan Singapura, sebuah negara pulau kecil yang tidak ada sumber?
Ya, rakyat Malaysia kebanyakannya tidak peduli dengan jangkaan penganalisis ekonomi bahawa tahun hadapan matawang ringgit akan susut nilainya berbanding dolar Singapura dari RM2.50 tahun ini kepada RM3 tahun hadapan. (link video berita dari Singapura.
Salah satu sebab nilai ringgit susut adalah kerana kemerosotan eksport dan penyusutan akaun semasa yang mempengaruhi keyakinan pelabur.
Rakyat Malaysia hanya mahu menang lawan bolasepak menentang Singapura dalam Suzuki Cup, dan tidak sedar dari segi ekonomi, ekonomi kita tewas teruk dengan republik itu.
Tahun hadapan, saya berusia 31 tahun, dan hanya lagi lima tahun menjelang tahun 2020.
Saya percaya, ramai rakyat Malaysia juga, sudah tidak lagi bermimpi untuk menjadi sebuah negara maju pada tahun itu seperti dulu.
Tetapi, apa yang lebih menakutkan, 2020 bukan lagi tahun untuk Malaysia menjadi sebuah negara maju, sebaliknya sebuah negara gagal yang berhutang tinggi.
Lebih ramai rakyat kini terseksa untuk membayar sewa rumah, apatah lagi untuk memiliki sebuah rumah.
Lebih banyak syarikat kecil dan sederhana gulung tikar, yang dilanyak oleh syarikat multinasional antarabangsa yang terus menjarah bumi negara ini.
Lebih ramai yang merintih setiap kali tiba hujung bulan, surat dari bank tiba untuk membayar hutang pendidikan, hutang rumah, hutang kereta, bermacam-macam lagi.
Kita sering mengatakan di kalangan Asean, kitalah yang terbaik, kita rasakan negara-negara jiran kita (kecuali Singapura) sebagai mundur, dan miskin.
Semasa zaman kemakmuran 1990an, kebanjiran warga asing dari Indonesia, Filipina atau Thai menyebabkan kita merasakan begitu.
Bayangkan, jika ekonomi ini terlalu teruk, satu hari nanti kita pula terpaksa menghantar amah ke Jakarta atau buruh kontrak ke Hanoi.
Pada masa ini, saya duduk sambil mendengar lagu Bob Dylan, berjudul “Like A Rolling Stone”.
Mungkin lirik ini tepat pada negara kita, mungkin.
Once upon a time you dressed so fine
Threw the bums a dime in your prime, didn't you?
People call say 'beware doll, you're bound to fall'
You thought they were all kidding you
You used to laugh about
Everybody that was hanging out
Now you don't talk so loud
Now you don't seem so proud
About having to be scrounging your next meal
How does it feel, how does it feel?
To be without a home
Like a complete unknown, like a rolling stone
Ahh you've gone to the finest schools, alright Miss Lonely
But you know you only used to get juiced in it
Nobody's ever taught you how to live out on the street
And now you're gonna have to get used to it
You say you never compromise
With the mystery tramp, but now you realize
He's not selling any alibis
As you stare into the vacuum of his eyes
And say do you want to make a deal?
How does it feel, how does it feel?
To be on your own, with no direction home
A complete unknown, like a rolling stone – 6 Disember, 2014.
* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.
Comments
Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website. We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments