Rencana

Debat dan diskusi perlu jadi budaya rakyat Malaysia – Muhammad Syafiq Azmi

Dalam dunia banyak perkara yang mampu diselesaikan jika manusia bersungguh-sungguh dan berjiwa besar.

Pertemuan tidak kira atas premis debat, forum, diskusi atau muzakarah perlu dibudayakan supaya hak masyarakat untuk berfikir dipulangkan kepada mereka.

Pernah satu ketika Shabery Chik berdebat dengan Anwar Ibrahim, kredit harus diberikan kepada Shabery kerana berani berhadapan walau ketika itu lawan Anwar Ibrahim ialah perdana menteri Najib.

Walau ketika itu yang didebatkan seharusnya isu ekonomi yang bertukar format menjadi tajuk "Siapakah Anwar Ibrahim".

Tetapi mereka tetap berdiri hingga ke akhir program.

Kita juga perlu memberi pujian kepada Khairy Jamaludin dan Rafizi Ramli.

Keduanya kita sedar mereka adalah aset kepada parti masing-masing.

Bagaimana mereka naik dan dicorak itu adalah stratergi parti yang mereka wakili.

Mereka beberapa kali bertemu dipentas debat baik di dalam negara dan luar negara.

Apakah salah seorang darinya nampak kalah?

Nasrudin Hassan juga tidak ketinggalan bagi memahat nama antara yang pernah berdebat.

Lawannya juga bukanlah calang-calang.

Fathul Bari hadir menjadi pencerah partinya bukanlah seperti yang diperkatakan posisi.

Ingat, dalam jubah orang agama masih ada siku dan lutut.

Tidak terhenti di situ,  Salahuddin Ayub juga pernah sepentas dengan Saifuddin Abdullah.

Kemesraan dan kematangan mereka dapat kita lihat dalam program tersebut walau mereka berbeda wadah.

Tiada label yang tidak enak didengar dihujahkan.

Yang ada cuma fakta dan kematangan dalam mendepani antara satu dengan lain.

Walau bagaimanapun, ada juga antara figura besar tanah air yang tidak meraikan budaya bertemu mata ini.

Mereka lebih suka dan selesa dengan saling membalas di media.

Maka jalan selesainya nanti jika tidak diam, pasti akan ke mahkamah.

Seharusnya program ilmiah seperti ini perlu dibudayakan agar masyarakat kita diberikan ruang untuk memilih dan berfikir.

Pihak kerajaan juga perlu memberi ruang selari dengan Perlembagaan Persekutuan Perkara 10 dimana setiap warganegara dijamin kebebasan mereka untuk bercakap, berhimpun dan berpersatuan.

Maka ia perlu dihormati dan bukan terus menyekat kebebasan bersuara dengan pelbagai akta yang menjadi alat hukum kepada yang tidak menyokong kerajaan.

* Ini ialah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.

Comments

Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website. We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments