Rencana

Politik Malaysia 2015 yang penuh kelucuan – Riesya H

Politik Malaysia memang sentiasa lucu dan dipenuhi badut-badut politik. Tahun 2015 boleh dikira sebagai tahun yang penuh kelucuan.

Daripada segelintir ahli Parlimen kaki ponteng atau tidur di Dewan Rakyat, atau menteri 3.85 yang layak jadi juara badut, kepada kenyataan-kenyataan sensasi yang memakan diri.

Kita lupakan sementara bab tragedi penderitaan rakyat atau duit yang hilang berbilion-bilion atau nasib negara yang hampir bankrap.

Kita layan seketika kisah lucu politik negara, sebelum kelucuan yang pasti akan ada pada 2016 nanti melupakan kita akan kelucuan hebat tahun ini.

Kisah 1: PM akan saman WSJ hari Selasa

Kita mula dengan orang nombor satu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Tak perlu ambil banyak, satu kes Wall Street Journal (WSJ) cukup.

Rakyat masih menunggu bila perdana menteri kita akan saman WSJ dan tuntut bayaran saman malu ratusan juta. Cuma ada satu masalah, perdana menteri janji nak saman pada Selasa. Tapi hari ini sudah Rabu. Esok, tahun

2015 sudah melabuhkan tirai. Kecualilah perdana menteri silap sebut tahun, 2016.

Kisah 2: Bentang hudud sebelum 9 April

Kita tengok pula seorang presiden sebuah parti pembangkang. Hidup matinya demi hudud. Janjinya nak bentang hudud sebelum 9 April. Tapi kini sudah 31 Disember. Kecualilah, tuan presiden silap sebut tahun, 2016. Itupun kalau tuan presiden tidak ditendang keluar.

Kisah 3: Menteri besar akan letak jawatan

Perkara yang sama, hudud. Seorang menteri besar pula bermati-matian inginkan hudud. Sampai seluruh dewan negeri bercucuran mata sehati sejiwa inginkan hudud.

Beliau (menteri besar) sangat yakin hudud akan terlaksana. Begitu yakin sehingga beliau pertaruhkan jawatannya sendiri. Masalahnya, 2015 sudah berlabuh, hudud belum kelihatan. Yang menangis sudah ketawa tetapi menteri besar belum terlambat, masih ada 1 hari untuk beliau letak jawatan.

Jangan ditakuti kalau tak ada pengganti. Ramai yang berduyun-duyun sanggup ambil nombor beratur.

Kisah 4: Timbalan menteri besar yang ingin berperang dengan Umno

Perkara sama lagi, hudud. Kali ini kisah pembantu beliau pula, seorang timbalan menteri besar. Sangat yakin beliau dengan hudud, hatta sanggup berpatah arang mengisytiharkan perang jika seterunya tidak memberi laluan untuk hudud. Kita semua berharap ada perang besar daripada timbalan menteri besar bertaraf lebai ini.

Cukup di sini kisah 4 kelucuan sebagai penutup tirai 2015. Yang pasti, 2016 akan pasti membawa kelucuan yang lebih hebat. Atau menonjolkan lebih ramai badut-badut 3.85 untuk merebut anugerah juara badut politik. – 31 Disember, 2015.

* Ini ialah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.

Comments

Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website. We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments