Dilaporkan kes saman fitnah oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng ke atas Nasrudin Hasan, berjaya diselesaikan secara baik di mahkamah apabila ahli Parlimen Temerloh itu menarik balik tuduhan tanpa asas beliau ke atas Lim.
Dilaporkan Nasrudin diperintahkan membayar kos sebanyak RM10 ribu ke atas Lim.
Biro Undang-undang Parti Amanah Negara mengucapkan tahniah kepada saudara Lim kerana dapat menebus balik namanya yang dikotori oleh satu dakwaan yang terbukti tidak berasas. Alangkah eloknya jika sahabat saya, Nasrudin dari awal lagi tidak bercakap mengenai isu tersebut dalam keadaan beliau tidak ada bukti bagi membuktikan dakwaannya.
Apapun, kami juga ingin mengucapkan tahniah ke atas Nasrudin yang akhirnya sudi menarik balik kenyataan beliau yang tidak benar itu ke atas Lim apabila ditunjukkan bukti sebenar.
Sepatutnya al-bayyinah (keterangan bukti) dikemukakan pihak yang menuduh bukan pihak yang kena tuduh.
Sikap mengaku kesilapan bila didedahkan dengan kebenaran sebenar adalah satu sikap terpuji mana mana orang sekalipun. Dalam hal ini sikap Nasrudin bolehlah dipuji juga. – 18 Januari, 2016.
* Mohamed Hanipa Maidin adalah pengerusi Biro Undang-undang Parti Amanah Negara.
* Ini ialah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.
Comments
Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website. We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments